Assalamualaikum ....
Khamis, 5 SEPT 2013, 9.30 malam
Malam tadi hamba pergi berjumpa dengan Tukang Urut ( TU ), bukan perempuan ye tapi lelaki hahaha. Niat di hati nak urut kaki yang dah kebas memanjang sejak 2 minggu lepas, sesampai je tgk2 kaki tukang urut pulak tersadai kat atas kerusi roda ..... gawat tul nih ....
Rupa2nya kaki Tukang Urut terkena bilah pisau mesin rumput masa potong rumput depan rumahnya pada 19 Ramadhan yang lalu. Yang ngerinya lebih separuh kaki TU koyak termasuk tulang patah dan terpotong sekali, ermm ok ni gambarnya tapi luka dah baik cuma tulang lum sambung ....
Berdasarkan sembang2 hamba dengan TU itu mengatakan, rupa2nya Doktor yang merawatnya cerita bahawa mmg banyak kes berkaitan kemalangan mesin rumput, antaranya :
Kes 1 :
Ada pesakit yang mesin rumput guna tali dan bukan guna mata pisau. Tali tersebut telah menyebabkan batu tertukar dengan mata, Mata pesakit terkeluar dan batu itu gantikan tempat mata .. sungguh dasyat ..
Kes 2 :
Guna mata tali yang sama juga hingga menyebabkan batu terpelanting masuk ke dalam hidung dan tersekat pada kerongkong hingga sukar bernafas, nasib baik batu tu bersegi kalau x mmg pesakit boleh out ..
Kes 3 :
Seorang lelaki cuba asah mata pisau mesin rumput dalam keadaan mesin tu on atau pun dalam erti kata lain enjin hidup tapi mata x berpusing sbb suis minyak x tekan, dalam keasyikan mengasah tanpa disangka2 tertekan suis minyak dan menyebabkan pisau tu membelah perutnya hingga terburai dan setelah masa yang lama baru orang perasan arwah penuh dengan darah dan dalam keadaan menyayat hati .
Apa pun hamba bukan nak menakut2kan, cuba berharap kita sama2 dapat berhati2 dalam setiap perkara kerana kemalangan boleh berlaku dimana2 ...
p.s : Ajal dan maut kuasa Allah ...


No comments:
Post a Comment