aa

Sunday, 8 September 2013

NELAYAN CARI KETAM MATI LEMAS TELAH DIJUMPAI

Jenazah mangsa yang baru ditemui
KUALA SELANGOR, Ahad 8 SEPT 2013 - Alhamdulillah, mayat seorang nelayan yang dilaporkan hilang kerana mencari ketam semalam telah berjaya dijumpai sebentar tadi ( berita ini belum keluar paper, insya allah esok ). 

Apa yang difahamkan kepada hamba, arwah mencari ketam dan turun melalui jeti Kampung Sungai Yu, Kuala Selangor tanpa memaklumkan kepada keluarganya dan hingga jam 4 petang barulah kehilangannya disedari dan gerakan telah dilakukan secara besar-besaran dengan bantuan pelbagai agensi sejak 2 hari yang lalu. bersama ini hamba kepilkan beberapa gambar semasa operasa mencari ... esok jangan lupa tengok paper ... alfatihah untuk arwah Jamaluddin bin Abd Ghani, 50 mudah-mudahan ruhnya ditempatkan dikalangan orang2 yang soleh, aminnn
Operasi mencari dalam lumpur




Thursday, 5 September 2013

URUT KAKI vs MESIN RUMPUT

Assalamualaikum ....

Khamis, 5 SEPT 2013, 9.30 malam

Malam tadi hamba pergi berjumpa dengan Tukang Urut ( TU ), bukan perempuan ye tapi lelaki hahaha. Niat di hati nak urut kaki yang dah kebas memanjang sejak 2 minggu lepas, sesampai je tgk2 kaki tukang urut pulak tersadai kat atas kerusi roda ..... gawat tul nih ....

Rupa2nya kaki Tukang Urut terkena bilah pisau mesin rumput masa potong rumput depan rumahnya pada 19 Ramadhan yang lalu. Yang ngerinya lebih separuh kaki TU koyak termasuk tulang patah dan terpotong sekali, ermm ok ni gambarnya tapi luka dah baik cuma tulang lum sambung ....


Berdasarkan sembang2 hamba dengan TU itu mengatakan, rupa2nya Doktor yang merawatnya cerita bahawa mmg banyak kes berkaitan kemalangan mesin rumput, antaranya : 

Kes 1 :

Ada pesakit yang mesin rumput guna tali dan bukan guna mata pisau. Tali tersebut telah menyebabkan batu tertukar dengan mata, Mata pesakit terkeluar dan batu itu gantikan tempat mata .. sungguh dasyat ..

Kes 2 : 

Guna mata tali yang sama juga hingga menyebabkan batu terpelanting masuk ke dalam hidung dan tersekat pada kerongkong hingga sukar bernafas, nasib baik batu tu bersegi kalau x mmg pesakit boleh out ..

Kes 3 :

Seorang lelaki cuba asah  mata pisau mesin rumput dalam keadaan mesin tu on atau pun dalam erti kata lain enjin hidup tapi mata x berpusing sbb suis minyak x tekan, dalam keasyikan mengasah tanpa disangka2 tertekan suis minyak dan menyebabkan pisau tu membelah perutnya hingga terburai dan setelah masa yang lama baru orang perasan arwah penuh dengan darah dan dalam keadaan menyayat hati .

Apa pun hamba bukan nak menakut2kan, cuba berharap kita sama2 dapat berhati2 dalam setiap perkara kerana kemalangan boleh berlaku dimana2 ... 

p.s : Ajal dan maut kuasa Allah ... 


Wednesday, 4 September 2013

MINYAK NAIK LAGI


Assalamualaikum ...

Dalam beberapa hari ni hamba yakin ramai kengkawan satu Malaysia menerima kejutan dengan kenaikan harga minyak sebanyak RM0.20 bagi RON95 dan RM0.15 bagi RON97 ...

Rasa geram pun ada sebab hamba pun rasa sedikit terbeban dengan kenaikan ini. Namun bila hamba fikir secara fositif, ianya pasti memang tak boleh dielak ... 

Ramai antara kita pandai bercakap sahaja dan seolah-olah pakar dalam bidang ekonomi kelihatannya :) yelah mana tidaknya hamba yakin semua marah ... redha jelah nak buat macam mana ... yang penting BRIM dapat, kalau x hamba pun melompat ... 

Yang kesian orang kaya la, sbb minyak RON97 naik, BRIM lak tak dapat hahahaha ...( Dah kaya buat apa nak berkira ? Zakat pun celum celam nak bayar :) )

Akhir kata jangan marah hamba, hanya berkongsi keperitan rakyat dan dalam masa sama memahami bukan senang dalam memimpin negara ... Allah bersama kita  ...