aa
Sunday, 20 October 2013
BAHAYA KAD DEBIT @ KREDIT
Assalamualaikum .................
Hamba terbuka hati ingin berkongsi satu kes yang telah berlaku. Silakan share jika anda tidak mahu kawan kawan anda terkena macam yang dinyatakan terima kasih
Awas kepada pemegang kad DEBIT atau kad KREDIT!!
" Lebih kurang jam 11.30 pagi hari ni, sy dapat kol daripada private number dan antara dialog yang berlaku dengan seorang wanita india yang sgt berbudi bahasa:
Wi: selamat pagi boleh bercakap dgn en. zufri?
Mz: ye sy bercakap, ada pe ye?
Wi: saya.....daripada pihak bank ingin membuat pengesahan berkenaan kad bank en.
Mz: awk ni dari mana?
Wi: saya daripada pusat panggilan malaysia, ingin membuat pengesahan mengenai kad maybank en.
Mz: Oh ok...( sbb penah dapat kol dari maybank sebelum ni ckp perkara yg sme, jadi sy percya kan dia)
Wi: ok en, sy cuma nak buat pengesahan mengenai kad bank yang en gunakan skrang.
boleh saya tau alamt penuh en?
Mz: alamat sya....
Wi: boleh dapatkan no ic...
Mz:90xxxxxxxx
Wi: ok..en masih lagi menggunakan kad ini ye?
Mz: ye sy...
Wi: dah brapa lama ia digunakan?
Mz: hampir 2 tahun...
Wi: ok sy ingin membuat pengesahan, kad debit en bermula dengan 4283 3210
Mz: ye btol...
Wi: boleh en lengkapkan no 8 terakhir
Mz:16xx xxxx
Wi: terima kasih atas kerjasama diberikan...skrang, en ada tanda tangan dibelakang kad debit en ke?
Mz: ye ad...
Wi: disebelah tanda tangan ada no. ahli...boleh bacakan sya no ahli kad en?
Mz: xxx...
Wi: ok..skrang sy ingin memberitahu en zufri kad en gunakan adalah mengikut laporan kami. Kami daripada pihak kerajaan ada menyediakan kad i-klnik dimana semua rakyat malaysia berhak mendaptkan kad ini. dia boleh digunakan ketika en..mintak maaf, andai kata kemalangan atau ditimpa musibah, dia akan memberi en potongan 30-70% di klinik2 terlibat.
En juga boleh membawa ibu dan ayah ke klinik dengan percuma dn en juga boleh diberikan diskau pelancongan dengan kad ini. Saya akan menghantar kad ke alamt yg en berikan. jad ini berharagaRM299.00. Saya telah pon membuat penolakan dari kad maybnk en.
Mz: eh.a..awk ckp tdi nk buat pengesahan kad saya, npe plak tibe2 awk nk amek duit sy? ada sy ckp sy nk bli kad awk ni..jgn nk memandai lah.
Wi: en telah berikan sy butiran en dan bermakna en stuju..
Mz: awk jgn ingat sy nk sgt dgn kad tu.
Wi: ok xpe..kalau en xnak, sy xkn hantar kad tu..tpi duit cek telah ditolak..bila2 masa en nak kad tu, boleh hubungi kami dan kmi akan hantrkan...en kerja mana?
Mz: sy kerja tnb..sy xperlukan kad awk..sy dapat semua kemudahan perubatan..mak bapak sy pon dapat kemudahan jgk...npe perlu sy nk gunakan kad awk..sy xnk, tolong batalkan...
Wi: (dah mula bengang) skrang ni, sy dah tolak, en xboleh wat pe2 lagi..nk xnk sy dan tolak duit en.
Mz: awk kerja mana ni..awk keja dengan spe?
Wi: sy kerja di rawang dan ini adalh dari goverment...ok en, ada pe2 lagi, kalau xde pe2 terima kasih kerna berikan kerjasama...( trus letak phone)
darah dah xtenteram, bukak trus maybank2u...
nasib baik, duit masih ada...apa lagi, cepat2 kol maybnk wat pengesahan...
pegawai bank maklum, ia adalh sendikit yang cuba nk dapatkan butir peribadi kad bank. no 8 digit pertama disebutkan adalah no sama untuk pemegang kad, no 8 dijit terakhir dia akan mintak kepada kita. untuk no ahli kad sebelah tanda tangan tu adalh no. yng penting untuk pengesahan kad. en xperlu risau...dia xberjaya mengambil duit dari akaun en...sy telah batalkan kad dan en perlu membuat kad lain bagi memastikan keselamatn dari pihak kami.......Kan dah jadi masalah besar.........!!!! "
Kalau ada masalah segera hubungi bank yang berkaitan, Pihak bank sedia membantu . Sila share kepada rakan-rakan anda. ♥ ♥ ♥
Sunday, 13 October 2013
KAYA DALAM MASA 15 MINIT !!
Ipoh: Empat perompak yang melarikan barang kemas bernilai RM1.8 juta dari sebuah kedai emas di Bandar Meru Raya, di sini, lolos untuk cuma 15 minit sebelum tiga daripada mereka ditembak mati, semalam.
Selepas melakukan rompakan pada jam 10.50 pagi itu, tiga suspek lelaki ditembak mati berhampiran Pasar raya Mydin Bandar Meru Raya, di sini, manakala seorang lagi melarikan diri ke kawasan ladang sawit berhampiran.
Ketua Polis Perak Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata, sejurus menerima maklumat kes rompakan itu pihaknya segera menjejaki suspek sebelum mengesan Proton Waja perak dinaiki mereka pada jam 11.05 pagi.
Menurutnya, tindakan pantas polis membolehkan kereta dinaiki suspek disekat berhampiran persimpangan lampu isyarat Lebuh Meru Raya tidak jauh Tanah Perkuburan Islam Meru Raya, di sini.
“Ketika cuba ditahan, kenderaan dinaiki empat suspek itu terus memecut laju dan seorang daripadanya melepaskan satu das tembakan yang mengenai bonet kenderaan polis,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak di sini, semalam.
Saturday, 12 October 2013
TOLONG CHECK WARNA DI BELAKANG UBAT GIGI ANDA !!!
![]() |
| Hamba punya warna merah, nampaknya kenelah pi tukar :) |
HIJAU - Semulajadi
BIRU - Semulajadi + Ubatan
MERAH - Semulajadi + Bahan Kimia
HITAM - Pure Bahan Kimia
Lepas ni anda semua perlulah berhati-hati supaya kita semua guna produk yang betul-betul memberi manfaat sahaja ...
KONGSIKAN DENGAN RAKAN JIKA IA ADALAH MAKLUMAT YANG BERGUNA
Sunday, 8 September 2013
NELAYAN CARI KETAM MATI LEMAS TELAH DIJUMPAI
![]() |
| Jenazah mangsa yang baru ditemui |
KUALA SELANGOR, Ahad 8 SEPT 2013 - Alhamdulillah, mayat seorang nelayan yang dilaporkan hilang kerana mencari ketam semalam telah berjaya dijumpai sebentar tadi ( berita ini belum keluar paper, insya allah esok ).
Apa yang difahamkan kepada hamba, arwah mencari ketam dan turun melalui jeti Kampung Sungai Yu, Kuala Selangor tanpa memaklumkan kepada keluarganya dan hingga jam 4 petang barulah kehilangannya disedari dan gerakan telah dilakukan secara besar-besaran dengan bantuan pelbagai agensi sejak 2 hari yang lalu. bersama ini hamba kepilkan beberapa gambar semasa operasa mencari ... esok jangan lupa tengok paper ... alfatihah untuk arwah Jamaluddin bin Abd Ghani, 50 mudah-mudahan ruhnya ditempatkan dikalangan orang2 yang soleh, aminnn
![]() |
| Operasi mencari dalam lumpur |
Thursday, 5 September 2013
URUT KAKI vs MESIN RUMPUT
Assalamualaikum ....
Khamis, 5 SEPT 2013, 9.30 malam
Malam tadi hamba pergi berjumpa dengan Tukang Urut ( TU ), bukan perempuan ye tapi lelaki hahaha. Niat di hati nak urut kaki yang dah kebas memanjang sejak 2 minggu lepas, sesampai je tgk2 kaki tukang urut pulak tersadai kat atas kerusi roda ..... gawat tul nih ....
Rupa2nya kaki Tukang Urut terkena bilah pisau mesin rumput masa potong rumput depan rumahnya pada 19 Ramadhan yang lalu. Yang ngerinya lebih separuh kaki TU koyak termasuk tulang patah dan terpotong sekali, ermm ok ni gambarnya tapi luka dah baik cuma tulang lum sambung ....
Berdasarkan sembang2 hamba dengan TU itu mengatakan, rupa2nya Doktor yang merawatnya cerita bahawa mmg banyak kes berkaitan kemalangan mesin rumput, antaranya :
Kes 1 :
Ada pesakit yang mesin rumput guna tali dan bukan guna mata pisau. Tali tersebut telah menyebabkan batu tertukar dengan mata, Mata pesakit terkeluar dan batu itu gantikan tempat mata .. sungguh dasyat ..
Kes 2 :
Guna mata tali yang sama juga hingga menyebabkan batu terpelanting masuk ke dalam hidung dan tersekat pada kerongkong hingga sukar bernafas, nasib baik batu tu bersegi kalau x mmg pesakit boleh out ..
Kes 3 :
Seorang lelaki cuba asah mata pisau mesin rumput dalam keadaan mesin tu on atau pun dalam erti kata lain enjin hidup tapi mata x berpusing sbb suis minyak x tekan, dalam keasyikan mengasah tanpa disangka2 tertekan suis minyak dan menyebabkan pisau tu membelah perutnya hingga terburai dan setelah masa yang lama baru orang perasan arwah penuh dengan darah dan dalam keadaan menyayat hati .
Apa pun hamba bukan nak menakut2kan, cuba berharap kita sama2 dapat berhati2 dalam setiap perkara kerana kemalangan boleh berlaku dimana2 ...
p.s : Ajal dan maut kuasa Allah ...
Wednesday, 4 September 2013
MINYAK NAIK LAGI
Assalamualaikum ...
Dalam beberapa hari ni hamba yakin ramai kengkawan satu Malaysia menerima kejutan dengan kenaikan harga minyak sebanyak RM0.20 bagi RON95 dan RM0.15 bagi RON97 ...
Rasa geram pun ada sebab hamba pun rasa sedikit terbeban dengan kenaikan ini. Namun bila hamba fikir secara fositif, ianya pasti memang tak boleh dielak ...
Ramai antara kita pandai bercakap sahaja dan seolah-olah pakar dalam bidang ekonomi kelihatannya :) yelah mana tidaknya hamba yakin semua marah ... redha jelah nak buat macam mana ... yang penting BRIM dapat, kalau x hamba pun melompat ...
Yang kesian orang kaya la, sbb minyak RON97 naik, BRIM lak tak dapat hahahaha ...( Dah kaya buat apa nak berkira ? Zakat pun celum celam nak bayar :) )
Akhir kata jangan marah hamba, hanya berkongsi keperitan rakyat dan dalam masa sama memahami bukan senang dalam memimpin negara ... Allah bersama kita ...
Monday, 11 March 2013
TA'ARUF
Assalamualaikum . bermulalah diri ini untuk berkongsi apa sahaja dengan rakan-rakan sebagai menambahkan ilmu sendiri dan insan lain ..... sudi-sudilah ikuti setiap rentetan penaku nanti
Subscribe to:
Comments (Atom)



















